KOTA BHARU:
Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya
berjihad dengan menolak PAS, sebaliknya semakin ramai ahli dan penyokong
Umno meninggalkan parti itu.
Minggu lepas seramai 35 ahli dan penyokong Umno di Kampung Bunut Payong menyertai PAS dengan diketuai Mohd Daud.
Mereka mengikut jejak langkah bekas orang kuat Ketua Umno Bahagian,
Datuk Fatmi Che Salleh, iaitu Abdul Kadir Che Musa meninggalkan Umno
lebih awal.
Manakala di Gua Musang seramai 65 ahli dan penyokong Umno termasuk
anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Karim Mat Diah dan beberapa
Exco Pemuda Umno Gua Musang juga mengambil langkah serupa.
Mereka menyerah borang menyertai PAS kepada calon parlimen Gua
Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada program ceramah di
Pejabat PAS Gua Musang malam kelmarin.
Dan hari ini pula seramai 10 lagi ahli dan penyokong Umno yang
diketuai Ketua Cawangan di Limau Kasturi turut meninggalkan parti itu.
Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan jambatan tambahan di
Kampung Manek Urai, Kuala Krai hari ini menganggap jihad apabila rakyat
Kelantan menolak PAS.
Sementara itu di Pasir Mas malam tadi bekas Ketua Inspektor Polis,
Datin Hasnita Hassan bersama 25 rakan dan kenalannya menyertai PAS pada
program ceramah di Kampung Paloh, Dun Tendong.
Hasnita menyerah borang kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama calon parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh
Nik Abdul Aziz, calon Dun Tendong, Rozi Muhamad dan Ketua Penerangan
Pemuda PAS Kelatan, Ahmad Fadhli Saari.
Hadir sama suami Hasnita, Datuk Roshaimi Abdul Razak, mertuanya,
Abdul Razak Abas. Orang ramai penuh sesak memenuhi halaman bangunan
Pasti.
Beliau yang bersara pada pilihan pada Febuari lalu, berasal dari
Johor berpindah ke Kelantan pada 1994 kerana bertugas sebagai pegawai
polis di negeri ini.
“Inilah yang dikatakan penghijrahan, bila kita ingin berubah dengan
berteras kepada keikhlasan. Saya ingin mendapat pahala dan memohon
mendapat rahmat Allah SWT.
“Saya dan rakan-rakan secara peribadi berbangga kerana menjadi ahli
PAS. Saya berjanji berjuang untuk bersama-sama memastikan kejayaan PAS
sehingga ke penghujung nyawa,” katanya ketika berucap pada majlis
tersebut.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
7 hours ago
0 Komen pengunjong :