KUALA LUMPUR: Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin, ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz
menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi
yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah
BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.
"Ambil
tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang
memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan,"
kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa
sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam
Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.
Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.
"Selepas
didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu,
didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.
"Perbuatannya
itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam
yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu
saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib
menuju ke arah keburukan.
"Umno jelas terbukti semakin buruk dan
menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan
menimpa negara ini," katanya.
Mahfuz seterusnya berkata, tindakan
Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak
membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti
tidak berubah malah semakin buruk.
"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?
"Malah,
perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin
menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.
Lebih
dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno
yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".
"Sebab
itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat
yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan
kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr
Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.
Mahfuz
yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih
menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja
keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke
atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan
sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.
Untuk rekod,
menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah
menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
4 weeks ago
0 Komen pengunjong :