Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tian Chua: Letupan Januari lalu pun masih tak tangkap

pkr kuala lumpur ceramah 110413 06 tian chua Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri patut mengkritik diri sendiri kerana gagal membendung penularan politik ganas daripada mengaitkan pembangkang dengan insiden letupan di ceramah BN baru-baru ini, kata PKR.
Naib presidennya Tian Chua berkata, pihaknya mengecam keras kenyataan Muhyiddin dalam media berbahasa Cina hari ini yang didakwa memfitnah pembangkang ekoran insiden itu dengan niat mewujudkan kebencian rakyat.

"...insiden letupan bom di bilik gerakan BN, Nibong Tebal telah membuktikan kegagalan BN kerana gagal untuk mengambil sikap serius mahupun tindakan yang serius untuk menangani keganasan politik.

"Sebaliknya, BN telah mengakibatkan perkembangan keganasan politik ke tahap yang lebih berbahaya," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Tian Chua mengingatkan, insiden hampir sama pada 9 Januari 2013 apabila terdapat letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat.

"Walau bagaimanapun, dalam kes letupan tersebut, polis akhirnya tidak menangkap mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk letupan tersebut," katanya yang juga calon PKR untuk Parlimen Batu.
Sambung Tian Chua lagi, Muhyiddin mengabaikan fakta bahawa sejak 2012, keganasan politik tidak pernah berhenti, termasuk terhadap pemimpin pembangkang termasuk anak perempuan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan anggota Parlimen Lembah Pantai.

0 Komen pengunjong :