Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasat peranan Omar & nama2 terlibat rancang fitnah liwat

daim-mahathir

KUALA LUMPUR 10 APRIL: Polis digesa menyiasat peranan bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar dalam rancangan fitnah liwat 1 ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nama-nama yang terlibat seperti disebut beliau.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menggesa siasatan itu merujuk pengakuan Omar pada ceramah di Petaling Jaya Ahad lalu bahawa beliau berperanan secara langsung dalam konspirasi itu.
Dalam ceramah itu, Omar turut menamakan tokoh lain yang terlibat iaitu setiausaha politik Mahathir, Tan Sri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Umi Hafilda Ali, selain mantan Perdana Menteri itu sendiri.
“Dia (Omar) sebut dengan jelas (nama yang terlibat). Mereka harus dipanggil untuk siasatan, dan kalau ada kes yang jelas, perlu didakwa,” kata Johari yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU 13.
Pengakuan Omar sekali lagi menggagalkan strategi Umno BN memfitnah moral Anwar, selepas bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim melakukan perkara sama 8 Mac lalu.
“Perumpamaan Inggeris ada mengatakan ‘truth will ultimately prevails’ (kebenaran akhirnya menang).
“Mereka rasa bersalah tengok Anwar menderita. Mereka (terdorong) lihat rakyat bangkit melawan kezaliman tanpa rasa takut. Ini menunjukkan petanda awal Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya,” kata Johari kepada Keadilan Daily. – NS

2 comments :

  1. kebenaran lambat laun akan terserlah juga

    ReplyDelete
  2. Kami ingin sekali untuk melihat bagaimana rupa Mahathir ketika diseret ke mahkamah

    ReplyDelete