KUALA LUMPUR:
PAS percaya DAP akan dibenarkan menggunakan lambang Roket untuk
bertanding dalam PRU13, dalam penamaan calon hari ini selepas Umno-BN
melihat perkara itu telah menjadi senjata makan tuan.
Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali yang dihubungi Harakahdaily berkata segala tindakan yang diambil oleh
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah bermotifkan politik
semata-mata.
“Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar
jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan
tuan. Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket
untuk bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik,” kata beliau.
Mustafa
berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk
menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu
malapetaka kepada sistem demokrasi negara.
“Keputusan yang dibuat
di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan persepsi bahawa Umno-BN
akan menggunakan segalanya, termasuk agensi kerajaan untuk
mengelakkannya dari tumbang,” tegas beliau.
Jika pelan jahat
terhadap calon-calon DAP diteruskan juga, Mustafa berkata kerajaan
sementara Umno-BN bakal berdepan dengan kemarahan rakyat, yang
rata-ratanya menginginkan satu pertandingan yang adil antara Pakatan
Rakyat.
Sementara
itu, penganalisa politik Bridget Welsh turut berkata Umno-BN tersilap
langkah dalam mempermainkan DAP menggunakan RoS pada saat-saat akhir
menuju garisan penamat.
“Mereka salah percaturan. Mereka memandang rendah keinginan rakyat
untuk melihat satu pertandingan yang adil dan seimbang dan bukannya
berat sebelah,” kata Bridget dalam tulisannya di Malaysiakini.
Semalam,
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata partinya terpaksa menggunakan
lambang PAS dan PKR setelah barisan kepimpinannya tidak diiktiraf oleh
Pendaftar Pertubuhan yang menyebabkan surat watikah calon tidak boleh
dikeluarkan untuk calon-calon DAP.
Atas sebab itu, DAP terpaksa menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan janji SPR, kata Guan Eng, logo Roket boleh digunakan, semua calon-calon DAP akan diberikan dua surat watikah.
"Satu
surat watikah untuk gunakan simbol Roket. Jika mereka menolak, kita
akan gunakan surat watikah PAS yang menggunakan simbol bulan," beritahu
Guan Eng.
Menurut Guan Eng, pihaknya telah menerima semua surat
watikah dari PAS yang ditandatangani oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha
Agung PAS.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
1 month ago
0 Komen pengunjong :