Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Salahuddin dan Nur Jazlan beradu nasib di Parlimen Pulai


Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan pertempuran satu lawan satu antara penyandang sebelum ini dari Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. 
Kedua-dua pemimpin itu disahkan bertanding selepas Pengurus Pilihan Raya Umum Abdul Ghazali Karim mengumumkan nama mereka selepas penyerahan kertas pencalonan di Dewan Jubli Intan di sini.
Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menyaksikan calon BN di Pengakalan Rinting Chang Nei Kee akan menentang Cheo Yee How dari DAP, manakala bagi kerusi DUN Kempas calon BN Tengku Putra Harun Aminurrasyid Tengku Hamid akan berentap dengan Shuhaizan Kaiat dari PAS.
Kesemua mereka turut diiringi penyokong masing-masing bergerak ke pusat penamaan calon sekitar jam 7 pagi dengan 2,000 penyokong BN dilihat mengibarkan bendera ketiga-tiga parti komponen — MCA-Umno-MIC sambil menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita” dan laungan “Hidup BN” sejak jam 7 pagi.
Manakala bagi sekitar 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR), mereka berarak selama 25 minit dari Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak kira-kira 1.5km dari lokasi penamaan calon sambil mengibarkan bendera PAS dan DAP dan melaungkan “Ubah” “Reformasi” dan sebagainya.
Kedua-dua kumpulan dipisahkan jarak 100 meter antara satu sama lain oleh pihak polis bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.
Bagi Nur Jazlan, yang memenangi majoriti 20,499 majoriti di Pulai pada Pilihan Raya 2008 meletakkan  Muhammad Muasa sebagai penyokong dan G Ramalingam sebagai pencadang.
Manakala Salahuddin yang juga bekas ahli Parlimen Kubang Kerian meletakkan Dzulkefli Suleiman sebagai penyokong dan Alias Abdullah sebagai pencadang
Sementara Salahuddin yang merupakan anak kelahiran Johor sebelum ini bertanding di Kelantan selama dua penggal, dan kini kembali semula ke negeri kelahirannya dan turut bertanding di DUN Nusajaya
Beliau juga diwar-warkan sebagai calon menteri besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Johor.
Selain meletakkan Salahuddin di Johor sebagai usaha PR ingin merampas kubu kuat Umno dan BN di sini, mereka juga menurunkan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah dan bekas ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong akan bertanding di Parlimen Kluang.
Proses penamaan calon yang bermula sekitar jam 9 pagi itu tamat sejam kemudian sebaik sahaja kesemua mereka disahkan bertanding.
Parlimen Pulai mempunyai kapasiti 100,695 pengundi berdaftar dengan jumlah pengundi berasaskan kaum membentuk Melayu 47.88 peratus, Cina 41, India 10.02, dan 2.11 peratus lain-lain kaum.

0 Komen pengunjong :