PUTRAJAYA- Setelah menyaksikan bagaimana laungan takbir
mengegarkan Masjid Besi Putrajaya dan sambutan menggerunkan di Presint 3
terhadap kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad
akhirnya terpaksa turun ke padang hari untuk menyelamatkan Putrajaya.
Putrajaya, yang selama ini digempar-gempurkan sebagai kubu paling
selamat untuk Barisan Nasional, di mana Timbalan Presiden BN Tan Sri
Muhyiddin Yassin yakin bahawa calon PAS Datuk Husam Musa bakal
kehilangan deposit kini goyah.
Sambutan menggerunkan pada setiap program Husam sudah memberikan
signal yang cukup jelas bahawa Umno di dalam bahaya di Putrajaya.
Jika tidak, perlukah Mahathir datang berkempen di Putrajaya? Ada
banyak lagi kawasan yang perlu dihadiri Mahathir untuk berkempen, tapi
beliau terpaksa meluangkan masa malam ini untuk membuat ceramah perdana
bertajuk “Pertahankan Putrajaya.”
Malam ini, Mahathir akan berceramah jam 8 malam di Bilik Gerakan PDM Metropolitan, Presint 9, Putrajaya.
Makluman itu dimuatkan di Facebook beliau.
Semalam, sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa Mahathir dan
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak akan turun ke Putrajaya kerana
keadaan di situ kini berpihak kepada Husam.
“Kan semalam saya dah kata Mahathir akan turun ke Putrajaya. Selepas
ini Najib pula. Ini indikator yang saya kata semalam, nyawa Umno-BN
tinggal 9 hari sahaja lagi. Ini kali-lah,” kata beliau kepada
Harakahdaily sambil ketawa.
“Tak sangka. Akhirnya saya juga terkena gelombang menyebut Ini-Kalilah,” tambahnya.
Menjawab persoalan Harakahdaily semalam, mengapa Umno harus gelabah
di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan
kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah
perubahan.
“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib
Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk
menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku
Mansor.
“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini
Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator
Putrajaya dah goyang,” katanya.
Apa yang dikatakan sumber Umno itu kini menjadi kenyataan dengan
bertandangnya Mahathir ke Putrajaya dengan ceramah bertajuk ‘Pertahankan
Putrajaya.’
“Kubu kuat dah kena pertahan. Itu petanda apa dari Mahathir? Gelabah,” tambah sumber Umno itu lagi.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
8 hours ago
0 Komen pengunjong :