Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Punggah penduduk kampung lain anjur demo isu air


PENGKALAN CHEPA: Penduduk dari beberapa kampung diangkut ke Kampung Pauh Dal membantah kerajaan negeri kononnya tidak menyediakan bekalan air bersih ke kampung mereka.

Antaranya penduduk dari Kampung Badang diangkut ke tempat perhimpunan bagi memperlihat ramai yang hadir. Namun usaha Wanita Umno Pengkalan Chepa tidak memadai kerana tidak ramai datang.

Setiausaha PAS Pengkalan Chepa, Hassan Mamat berkata, bekalan air bersih di tiga kampung iaitu Che Deris, Pauh Dal dan Pauh Binjai sehingga sekarang menggunakan air dibekalkan Jabatan Kesihatan Negeri.

Katanya, sebelum ini penduduk tidak mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bekalan air diurus Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memandangkan sudah ada bekalan air di bawah Jabatan Kesihatan.

“Malah dua kali mesin mengepam air dibeli melalui peruntukan kerajaan negeri untuk menggantikan pam sedia ada dimiliki jabatan berkenaan rosak,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan penduduk di Mukim Che Deris Dun Chempaka menggesa kerajaan negeri menyediakan bekalan air bersih di kampung tersebut yang belum diatasi sejak lebih 20 tahun lalu.

Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope dilaporkan berkata, penduduk di tiga kampung terbabit sudah lama menghadapi masalah ketiadaan bekalan air bersih.

Hassan yang juga wakil peribadi Adun Chempaka berkata, sebelum ini penduduk kurang berminat menggunakan air AKSB kerana ramai selesa menggunakan perigi.

Lagi pun katanya, sebahagian yang lain mendapat bekalan air di bawah projek Jabatan Kesihatan.

“Jadi tidak berbangkit kerajaan negeri menyinsih penduduk di kampung terbabit mendapat air bersih. Cuma sekarang setelah ada permohonan AKSB mulai memasang paip ke kampung terbabit sejak tahun lepas," ujarnya.

Menurutnya kerja-kerja pemasangan paip utama sudah hampir siap dan sekarang dalam proses menyambung paip ke rumah penduduk serta pemasangan meter.

“Penduduk tidak perlu membayar sesen pun kerana projek berkenaan ditanggung kerajaan. Malah pendaftaran pun percuma. Sepatutnya setiap pengguna perlu membayar antara RM300 hingga RM500 kos penyambungan paip dan pemasangan meter.

“Namun penduduk dibantu bagi membolehkan mereka mendapat sumber air bersih dibekalkan AKSB,” katanya.

0 Komen pengunjong :