Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengundi perlu waspada kempen fitnah UMNO/BN


GELANG PATAH, 21 APRIL: Pengundi diingatkan berhati-hati dengan kempen fitnah cybertroopers pro-UMNO/BN yang memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sejak kempen rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bermula.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan UMNO/BN itu berbeza dengan DAP bersama PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat memulakan kempen secara bersih, adil dan telus.
“Ini adalah prinsip bersama kami ke arah membentuk Malaysia baru yang bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
“Saya sedar ada kempen kotor yang terus dilakukan pihak tertentu, terutamanya oleh cybertroopers pro-UMNO/BN, yang menyebarkan fitnah dan pembohongan yang tidak sihat dan bersifat hasutan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Kit Siang yang bertandiong di Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 ini berkata, walaupun golongan itu terus memfitnah dan menyebarkan berta palsu, saya bersama DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan berputus asa untuk terus berkempen dengan cara yang baik dan terhormat sebagaimana yang kami telah lakukan sejak beberapa dekad lalu.
“Saya harap rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan, sama ada yang disebarkan melalui internet atau melalui ceramah. Fitnah amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,” ujarnya.
Beliau berkata, semua fitnah terhadap DAP sebagai parti perkauman, parti cauvinis, parti anti-Islam dan sebagainya adalah tidak benar dan bohong belaka.
“DAP adalah parti politik yang sah yang menghormati Perlembagaan Persekutuan. DAP menolak segala bentuk politik perkauman dan diskriminasi kaum, agama dan gender.
“DAP telah lama berjuang untuk memastikan kita semua hidup harmoni, aman damai sebagai rakyat Malaysia yang saling percaya-mempercayai antara satu sama lain, dan tidak perlu was-was. Inilah prinsip kami yang mengutamakan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau yakin rakyat Malaysia, terutamanya pengundi tidak menerima bulat-bulat fitnah cybertroopers UMNO/BN atau golongan yang membenci kaum lain, sebaliknya membuat pilihan yang bijak pada 5 Mei ini.

-Roketkini.com

1 comment :

  1. bukan kempen fitnah...

    hanya nak menyedarkan orang ramai..

    benda yg diperkatakan, memang benar!!!

    Sebab takut kebenaran lah...puak puka ni kata fitnah

    video stopa pun kata fitnah bila dah terang siapa pelaku nya..

    mereka ingat rakyat bodoh ke????

    ReplyDelete