Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS: Kamilia saingan utama di Kuala Kangsar

IPOH: PAS Perak menyifatkan saingan utama di parlimen Kuala Kangsar adalah diantara calon PAS dengan Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak berkata, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hissberkata, PAS tidak melihat calon BN, Dato’ Wan Mohd Khairil sebagai saingan utama dengan kehadiran Kamilia yang akan bertanding atas tiket bebas di parlimen itu.

Menurutnya, Datuk Kamilia mempunyai pengaruh besar di Kuala Kangsar memandangkan beliau adalah Naib Ketua Umno Pusat serta Ketua Wanita Umno Bahagian itu sebelum mengambil keputusan meletak jawatan.

“Saingan PAS di Kuala Kangsar ketika ini adalah dengan Datuk Kamilia, bukan dengan calon BN,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Turut hadir ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh serta Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar menggesa calon BN menarik diri daripada bertanding untuk memberi ruang kepada Datuk Kamilia bagi menghormati suara akar umbi terutama golongan wanita di seluruh negara.

Jelasnya, jika dilihat pada proses penamaan calon semalam, ternyata penyokong BN dari kalangan wanita sangat kurang dan ianya kemungkinan disebabkan Datuk Kamilia tidak disenaraikan untuk menjadi calon.

“Calon BN harus berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Datuk Kamilia yang lebih layak bertanding di parlimen itu.

“Datuk Wan Khairil harus mengambil pengajaran dan contoh yang dilalukan oleh calon BN parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang menarik diri bagi memberi laluan kepadaDatuk Ibrahim Ali yang dianggap seperti  ayahnya,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

PAS katanya mengakui rasa terkejut dengan tindakan Datuk Kamilia itu namun bangga dengan keberaniannya demi mempertahankan prinsip dan maruah golongan wanita.

“PAS ucapkan tahniah kepada beliau yang sanggup berkorban demi mempertahankan hak serta maruah golongan wanita di Negara ini,” jelasnya lagi.

0 Komen pengunjong :