Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib ‘pak turut’ Mahathir punca politik perkauman Umno menjadi-jadi

pasar siburan, bt 17 (12)

KUCHING 12 APRIL: Najib Razak yang takut untuk menegur perlakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri itu menyebabkan politik perkauman Umno BN kian menjadi-jadi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib sebagai PM, dengan Mahathir pun takut, tak berani tegur. Sebagai ketua negara, dia mesti hormati setiap rakyat.
“India (di negara ini) tidak sampai 10 peratus tetapi kita tak boleh hina, orang Melayu sebagai majoriti pun kena saling menghormati.


“Macam mana negara nak aman, kalau ketua negara tak reti nak hormat rakyat? Selepas 55 tahun merdeka, rakyat masih ditanya “kamu warganegara mana? Kalau tak setuju baliklah negara kamu”, pemimpin apa ini?” tempelak Anwar di atas tingkah laku pemimpin Umno.

siburan 1

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian, Mambong, malam tadi.
Anwar selanjutnya berkata, sebagai pemimpin rakyat mesti dipastikan selamat dan tidak timbul lagi isu perkauman mahupun ugutan berkaitan kewarganegaraan.
“Kita mahu orang India rasa selamat, anak-anak Cina tidak lagi takut, orang Sarawak pun berani dan bangga menjadi orang Sarawak.
“Kenapa kita tak boleh dapat semangat itu selepas lebih 50 tahun merdeka? Ayuh kita bergerak bersama ke arah itu, ubahlah pada (PRU 13) 5 Mei nanti,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong

0 Komen pengunjong :