Kalau
kita fikir betul-betul Pakatan Rakyat patut berterima kasih kepada Dr
Mahahir kerana membantu barisan alternatif itu dari dalam UMNO semasa
pilihanraya kali ini. Mahathir sekarang sedang sibuk berkempen untuk
UMNO yang kebanyakan tindakan beliau itu menjadi ‘counter productive’
untuk UMNO. Keadaan ini ditambah pula dengan tindakan beliau
berkehendakkan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menjadi calon BN dalam
pilihanraya kali ini. Tindakan Mahathir itu tidak selari dengan
perkembangan kemajuan pemikiran rakyat hari ini.
Rakyat tahu UMNO dalam keadaan serba salah dengan kehadiran Dr
Mahathir dalam urusan UMNO sekarang ini. Bekas Perdana Menteri itu
menjadi beban besar kepada UMNO dan membuatkan parti itu tidak dapat
melaksanakan perancangan parti dalam PRU ini kerana terganggu dengan
campur tangan Dr Mahathir dalam banyak isu parti. Itulah sebabnya
Abdullah Badawi akhir-akhir ini lebih mendapat perhatian sebagai seorang
bekas PM yang lebih berhemah dari Dr Mahathir.
Kita bukannya marah kepada Dr Mahathir kerana memilih untuk memihak
sebab itu adalah hak individu dalam sebuah demokrasi. Tetapi yang tidak
diselesakan oleh banyak pihak jika berkempen biarlah bersandarkan kepada
moral dan semangat demokrasi yang betul. Adalah kurang moralnya jika
beliau menjadikan isu perkauman sebagai modal kempen beliau.
Kita mempunyai matlamat penyatuan kaum sebagai agenda nasional kita.
Oleh itu demokrasi kita ini mesti berlandaskan kepada penyatuan kaum dan
jangan sekali-kali memecahkan perhubungan diantara kaum semata-mata
untuk demokrasi acuan beliau itu. Mahathir tidak perlu menyentuh isu
perkauman kerana selama ini BN sendiri yang memperjuangkan isu ini.
Tetapi apabila BN sudah jelas menghadapi tentangan kerana kelemahan yang
lain, memilih untuk memecahkan perpaduan kaum itu adalah tindakan yang
kurang bermoral.
Dr Mahathir boleh melakukan tentangan terhadap Pakatan Rakyat secara
demokratik kerana beliau memihak kepada BN. Itu tidak mengapa, tetapi
janganlah hendaknya terkeluar dari lunas demokrasi yang kita sedang
perjuangkan. Semata-mata kerana BN menghampiri kekalahan, beliau sanggup
membinasakan asas kehidupan bermuhibbah diantara kaum itu.. Dalam
satu-satu tindakan kita mesti ada etikanya, ada moralnya dan lebih-lebih
lagi ada agamanya. Jangan terkeluar dari garisan kerana keluar garisan
itu adalah salah dan kurang bermoralnya.
Kalau hendak ‘memahat itu biarlah diatas garisan dan jika hendak
bermain itu mesti berada di dalam kawasan yang ada hadnya’. Dr Mahathir
adalah seorang yang begitu ‘senior’ dan beliau perlu mempunyai tata-cara
yang baik untuk membantu BN itu. Kalau berhujah itu, jangan berhujah
secara loyar buruk. Beliau mesti sedar yang beliau bukannya muda lagi.
Jadilah seorang ‘elder statesman’ yang dihormati. Jika tua kita mesti
tunjukkan tua kita. Jangan kita tunjukkan kelemahan kita dengan
melanggar budaya dan sopan kita masyarakat timur ini. Rakyat
memerhatikan semua tingkah laku pemimpin dan sikap pemimpin itu menjadi
isu yang utama yang dijadikan asas untuk memilih.
Demokrasi ini bukan setakat hendak menang dan mengalahkan pihak lawan
sahaja. Kita mesti terima demokrasi dengan semangatnya sekali. Kalau
rakyat mahukan pihak lain untuk memerintah mereka kita perlu
menerimanya. Lagi pun BN sudah memerintah sejak merdeka. Terimalah
semangat demokrasi ini dengan baik dan jika sudah sampai masanya bagi BN
untuk menduduki petak pembangkang, kita terima sahaja.
Jangan kita pecahkan rakyat berbilang kaum ini. Rakyat pun mahu
melihat ‘kepanasan’ politik ini ‘disejukkan’ secepat yang mungkin. Jika
ditakdirkan BN menjadi pembangkang jadilah pembangkang yang baik.
PAS dan DAP sejak dulu lagi menjadi pembangkang. Jika kali ini mereka
menjadi kerajaan itu bukannya jenayah demokrasi. Mempertahankan kuasa
kerajaan dengan memecahkan kaum yang berbilang itu, adalah jenayah. Jika
berlaku pergaduhan hasil dari kenyataan Mahathir ini, ia merupakan
hasil dari kenyataan yang ber’elemen’kan jenayah.
Memecahkan perhubungan diantara kaum itu merupakan satu tindakan
‘treason’ dari sudut moralnya, atau mungkin dari sudut undang-undangnya.
Lebih-lebih lagi ia bersalahan dengan kehendak mana-mana agama,
lebih-lebih lagi agama Islam.
Kita terimalah hakikat yang melakukan peralihan kuasa itu bukannya
jenayah dan tidak merupakan tindakan jenayah. Kalau Mahathir tidak mahu
berperanan sebagai orang tua, biarlah kami yang di bawah ini menjadi
orang tua itu.
Sekianlah bunyinya kata-kata kami sebagai orang tua negara ini. Kita
ambil alih lah tugas yang sepatutnya dipikul oleh Mahathir itu. Apa yang
kami perkatakan ini bukannya untuk kebaikan sesiapa, tetapi untuk
kebaikan Mahathir sendiri.
Beliau bukannya bekas Ketua Pengarah KEMAS atau bekas Ketua Pengarah
JASA, tetapi bekas Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara.
Sepatutnya adalah sedikit perbezaan dengan pemimpin lain jika benar
beliau itu seorang negarawan.
- http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
5 weeks ago
0 Komen pengunjong :