JOHOR
BARU, 21 April — Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu
diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan
meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk
Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.
Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen
Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS
bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.
Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini
atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan
terhadap agenda Islam PAS.
“Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar?
Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan
Pakatan Rakyat.
“Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa
lalu dan masa depan,” katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh
orang ramai yang majoritinya Cina.
Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk
menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya
penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
“Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.
“Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.”
PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.
Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.
Apabila
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi
Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap
sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.
“Kita membuat sejarah malam ini,” katanya.
“Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.
“Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh.”
Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya
menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia
ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.
Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai
legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti
sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon
mereka.
Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus
menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan
tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan
kedua-dua parti semakin rapat.
Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa
telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda
Islam PAS.
Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir
walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara
besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam
PAS.
Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi
kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat
Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.
Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti.
0 Komen pengunjong :