PUTRAJAYA: Calon
PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa mengingatkan Tun Mahathir
Mohamad agar jangan memperkecilkan dan menjadikan Kelantan penduduk
kelas kedua sehingga orang negeri itu tidak boleh bertanding di
Putrajaya.
Husam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan
bekas Perdana Menteri itu yang menyuruh Husam balik ke Kelantan kerana
masalah di negeri itu masih tidak selesai.
"Saya datang ke sini
bukan sebagai orang Kelantan tetapi, sebagai rakyat Malaysia," tegas
Husam dalam sidang medianya lewat petang tadi.
Malah Husam turut
membidas Tun Mahathir yang wajar pulang ke Kedah negeri asalnya manakala
Datuk Najib Tun Razak pula kembali ke Pahang.
"Kalau saya kena
balik Kelantan, Tun pun kena balik Kedah, Datuk Najib kena balik Pahang.
Kalau semua orang kena balik negeri masing-masing, jadi tidak ada orang
yang hendak bertanding di sini.
"Tengku Adnan sendiri, dia rasa
dia orang tempatan, tetapi dia bukan orang tempatan dia daripada Melaka,
rumah dia di Jalan Duta, itupun dia ada rumah di sini. Kalau saya
menang esok, saya sewa rumah di sini tidak jadi masalah," ujar Husam.
Dalam
ceramah umum 'Pertahankan Putrajaya' di sini semalam Tun Mahathir
menyuruh Husam kembali ke Kelantan dan memperbetulkan negeri itu dengan
membina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat
awam sehingga berjaya.
Apabila berjaya, kata Tun Mahathir, Husam
boleh minta diberi peluang bekerja di Putrajaya tetapi bukanlah sebagai
Perdanan Menteri.
0 Komen pengunjong :