Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bukti mencukupi, AG perlu segera siasat pembunuhan Altantuya

Tian 2

PETALING JAYA 9 APRIL: KEADILAN menggesa Peguam Negara dan polis membuka siasatan serta-merta terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Naib Presidennya, Tian Chua membuat gesaan itu ekoran kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam, terdapat bukti-bukti mencukupi bagi membuka kembali siasatan terhadap perakuan bersumpah kedua (SD2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
“Pendedahan demi pendedahan oleh Deepak Jaikishan, mendiang Bala dan Americk Singh Sindhu mewujudkan asas kukuh untuk penyiasatan lanjut oleh pihak berkuasa,” kata Tian pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Majlis Peguam Malaysia pada 30 Mac lalu turut mengeluarkan kenyataan bahawa bukti-bukti baru kini mencukupi untuk Peguam Negara membuka kembali kes pembunuhan yang berlaku pada 2006 itu.
“Ini kes berprofil tinggi melibatkan kepentingan nasional dan antarabangsa. Membabitkan pembunuhan kejam, penggunaan wang rakyat berbilion ringgit dan komisen jutaan ringgit yang dibayar kepada individu penting termasuk Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Razak,” kata Tian.
Deepak pada 12 Disember 2012 mendedahkan, terdapat beberapa individu mengugut Bala untuk menarik balik perakuan bersumpah pertama (SD1) yang ditandatangi pada 1 Julai 2008.
Kemudian, pada 21 Disember 2012 pula, peguam kepada Bala, Americk mengesahkan Bala tidak terlibat secara peribadi menulis SD2.
Beliau turut mengesahkan kandungan SD1 yang mengaitkan Najib adalah benar.
Americk juga mendedahkan peguam kanan, Cecil Abraham bertanggungjawab merangka SD2.
Lebih mengejutkan, SD2 tersebut dirangka atas arahan Najib.
“Jika dakwaan Bala, Deepak dan Americk benar, maka segala persediaan untuk merangka SD2 adalah perbuatan jenayah di bawah Kanun Keseksaan,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
“Mereka yang terlibat memaksa Bala menarik balik SD1 telah menyalahguna kuasa secara terang-terangan dan boleh dihukum di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009,” tegas Tian. – NS

0 Komen pengunjong :