Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno guna insiden Lahad Datu sebagai modal politik kebencian


PETALING JAYA — Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa mengambil kesempatan terhadap insiden pencerobohan militan Filipina di Lahad Datu, Sabah sebagai modal politik bagi menimbulkan kebencian terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa PKR.
Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata Umno dan BN memainkan politik kebencian dan menggunakan insiden di Lahad Datu sebagai alasan untuk mengancam keselamatan pimpinan PKR melalui siri kegansan berterusan.
Rafizi ketika sidang media berhubung insiden serangan oleh perusuh yang didakwanya sebagai ahli Umno di Ibu Pejabat PKR semalam turut menyuarakan rasa kesal kerana anggota polis yang berada berhampiran dengan premis itu hanya mendiamkan diri tanpa berbuat apa-apa bagi menghalang perusuh berkenaan yang membaling telur, kayu, dan kon lalu lintas ke arah pejabat mereka.
“Ketika kejadian, tidak ada seorang anggota polis pun yang campur tangan untuk menghentikan perlakuan ganas yang melanggar undang-undang ... sangatlah memalukan apabila Balai Polis Tropicana hanyalah terletak dua pintu dari ibu pejabat PKR dan anggota polis hanya berpeluk tubuh sahaja,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di sini.
Beliau juga turut tidak menolak insiden keganasan seperti itu digunakan bagi memastikan Anwar ditahan dan didakwa di bawah undang-undang keselamatan.
“Malah, saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Anwar sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan,” tegasnya.

Rafizi juga menggesa agar pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil berat terhadap kejadian-kejadian keganasan politik yang semakin meningkat serta mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dan menjadi dalang.
“Pimpinan tertinggi PDRM juga wajib menolak sebarang anasir yang cuba mengambil kesempatan dari peristiwa pencerobohan di Lahad Datu untuk menekan lawan politik seperti yang berlaku sekarang,” kata Rafizi.
Dalam kejadian semalam, sekumpulan lelaki didakwa melempar sekitar 200 biji telur ke arah pejabat PKR di Merchant Square, di sini selain kon jalan, dan juga kayu.
Insiden itu turut mengakibatkan kakitangan pejabat tersebut, S. Balakumaran cedera di leher akibat terkena kayu, serta dibaling telur dan batu di dadanya.
Rafizi ketika sidang media turut menunjukkan gambar beberapa peserta tunjuk perasaan itu memakai baju BN, dan mendakwa mereka adalah ahli Umno dan pernah kelihatan menghadiri beberapa program anjuran parti politik Melayu terbesar itu.
Turut ditayangkan ketika sidang media adalah gambar lambang PKR yang pecah akibat terkena balingan batu serta bendera PKR yang terbakar.

0 Komen pengunjong :