Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan tidak menentang kekayaan orang Melayu, tapi kronisme

SONY DSCKOMTAR 10 Mac: Pakatan tidak menentang penguasaan kekayaan oleh orang Melayu kerana yang ditentang adalah pembolotan kekayaan dan kronisme, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrhaim.
“Kita tidak menentang kekayaan dimiliki  orang Melayu mahupun golongan lain di negara ini. Apa yang kita tentang ialah pemboloton kekayaan negara secara menindas, melampau dan kronisme yang menjadi amalan pimpinan Umno dan Barisan Nasional.
“PR tetap mempertahankan keadilan bagi semua rakyat negara ini. Kita tidak mahu kroni Umno, MCA, Gerakan dan MIC yang membolot kekayaan negara dengan melampau dan menidakkan hak orang lain,” katanya.
Demikian dijelaskan oleh Anwar ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, yang diadakan di Komtar, Georgetown semalam.
Beliau berkata, parti dalam Pakatan Rakyat tidak dapat berkuasa sendirian dan memerlukan sokongan antara satu sama lain bagi mencapai kemenangan.
“Jangan ada ketaksuban, kepartian yang melampau, sombong dengan kekuatan parti serta tidak mempercayai antara satu sama lain.
“Samada di peringkat Parlimen maupun Negeri, kekuatan ini perlu terjalin bagi merealisasikan aspirasi untuk mencapai kemenangan ke Putrajaya.
“Tidak ada jalan mudah, mencapai kemenangan oleh mana-mana parti untuk mengalahkan Umno-BN dalam pilihan raya umum yang akan datang,” tegasnya serius.

0 Komen pengunjong :