KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media
Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan
tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad
Datu, Sabah.
Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul
Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan
perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik
Sabah.
Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia
membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul
Kiram III hingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.
Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat
sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nus
Misuari sebelum dipetik media Filipina.
“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku
pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti,
hari ini.
Mengikut
Manila Bulletin Publishing Corporation,
Nur Misuari mendapat tahun kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang
mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji dari
Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan
Suara Keadilan.
Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis
terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok,
diikuti seluruh pelusuk negeri.
“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak
sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan
mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.
“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas.
Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan
seterusnya.
“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.
0 Komen pengunjong :