Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib kena jawab pendedahan bapa Saiful Bukhari – Anwar

IMG_3335

LUMUT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi terhadap pendedahan bapa kepada Saiful Bukhari, yang mendedahkan wujud konspirasi politik di sebalik kes Fitnah II, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya depan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak 10 Mac lalu.
Pendedahan bapa Saiful Bukhari membuktikan Najib berperanan dalam konspirasi kes Fitnah II untuk memenjarakan Anwar berikutan penglibatan pegawai khasnya tetapi gagal.
Azlan Md Lazim ketika membuat pendedahan 8 Mac lalu menamakan Khairil Annas Jusoh sebagai antara individu yang merancang dan menyediakan kenyataan media untuk beliau dan Saiful Bukhari.
Selain itu, reputasi Najib juga tercalar teruk berikutan pendedahan Deepak Jaikishan dan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan kes pembunuhan Altantuya Syariibuu.
Meneruskan ucapan, Anwar berkata, beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang difitnah lagi.
Namun, Ketua Umum KEADILAN itu mendapati Azlan bersungguh-sungguh mahu meminta maaf kepada beliau dan ahli keluarganya sebelum bersetuju untuk bersemuka.
“Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu Pegawai Khas Perdana Menteri terlibat,” katanya.
Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya.
“Kasihan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Ismail) tapi saya tahu wanita berwajah lembut itu kuat semangatnya. Sebab itu saya sayang sampai sekarang,” katanya yang memuji isterinya kerana teguh dalam perjuangan untuk rakyat.

0 Komen pengunjong :