Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dr M pembohong besar! – Bekas Ketua Daerah Sandakan

IC PROJEK copyKUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.
“Dr Mahathir pembohong besar,” kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program ‘Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.
Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.
Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.
Malah kata Hassnar, dirinya menjadi ‘bahan tawaran’ antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.
“Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara,” kata Hassnar.
Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.
“Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!” tegas Hassnar.
Beliau berkata demikian pada Forum ‘Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. – SDQ

0 Komen pengunjong :