Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ahli parti komponen BN diajak pilih Pakatan Rakyat


JOHOR BAHRU, 7 MAC: Pemberdayaan ekonomi mapan, akauntabiliti dan telus menjadi sebab Pakatan Rakyat (PR) perlu diberi mandat untuk memerintah Malaysia selain mengambil kira rekod buruk Barisan Nasional (BN) yang dicemari pelbagai skandal dan penyelewengan melampau.
Ketua Biro Pakatan Rakyat DAPSY, Mazir Ibrahim, berkata negeri yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan terbukti ditadbir dengan lebih telus, cekap dan efisyen.
Katanya, prestasi negeri yang diperintah PR juga jauh lebih baik berbanding negeri yang ditadbir BN berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara
“Walaupun lebih 56 tahun BN memerintah Malaysia, prestasi ekonomi, jurang kekayaan antara rakyat dan akauntabiliti pentadbiran kerajaan semakin parah dan boleh dipertikaikan,” katanya ketika berucap dalam ceramah Jom Ubah Johor di Taman Sutera Utama, Skudai yang dihadiri kira-kira 3,000 orang, malam tadi.
Justeru itu, beliau meminta ahli UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan parti lain dalam komponen BN tidak terikat dengan parti masing-masing, sebaliknya memilih PR yang terbukti lebih baik dalam menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
“Rakyat juga saban hari didedahkan dengan pelbagai laporan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang perlu dihentikan segera.
“Saya berharap semua rakyat negeri ini, termasuk ahli parti komponen BN melakukan perubahan bagi mengelak negara terus dibebani hutang dan rakyat terus dibeban dengan kenaikan harga barang.
“Penyokong PR terdiri daripada Cina, India dan Melayu di Johor perlu bertindak meyakinkan kalangan ahli MCA, MIC, UMNO dan Gerakan untuk sama-sama berubah dengan mengundi calon DAP, PAS dan PKR pada PRU-13 nanti,” katanya.

-Roketkini.com

0 Komen pengunjong :