Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sokongan kepada Najib turun 4 peratus – Merdeka Center

najib-pening

KUALA LUMPUR 26 FEB: Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada Januari tahun ini.
Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.
Ini petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.
Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan ke atas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013. Manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.
Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN, tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.
“Kajian juga menemui penurunan sokongan di kalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan hari ini.

0 Komen pengunjong :