Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemimpin Pakatan Rakyat gesa tunggu kejutan untuk calon PM

SHAH ALAM, 25 Feb — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) masih lagi mengambil pendirian “mengunci mulut” berhubung isu calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebaliknya, mereka menggesa orang ramai agar bersabar dan menanti “elemen kejutan” kerana pakatan itu telah memilih calon dan bakal mengumumkan calon perdana menteri mereka apabila tiba masa yang sesuai.
“Calon dah ada ... tapi belum umum,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR “Pakatan Harapan Rakyat” di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.
“Biasalah, itu pandangan dan ianya tidak beri masalah besar, begitulah ... bila PR menang ke Putrajaya ... orang popular menerima sokongan umum,” katanya lagi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yag ditemui pemberita pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU 13.
“Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
“Itu adalah rahsia kami ... tidak perlulah (dihebahkan), elemen kejutan, elemen keterujaan perlu ada,” katanya.
Rakan parti komponen mereka, Azmin Ali daripada PKR pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan dalam menawan Putrajaya.
“Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya ... bukan soal siapa perdana menteri,” katanya.
Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan mereka tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang angkuh dan sombong dalam perkara itu sebaliknya hanya meyuarakan keyakinan untuk menawan Putrajaya dengan rasa rendah diri serta sebagai mendukung harapan rakyat.
“Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.
“Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

1 comment :

  1. DSAI adalah pilihan tepat. Ikhlas dari pengundi atas pagar.

    ReplyDelete