JOHOR
BAHRU : Pakatan Rakyat akan mampu membentuk kerajaan melalui
pilihanraya umum ke-13 nanti apabila orang Melayu berani mengundi DAP
manakala kaum-kaum lain sanggup mengundi PAS dan PKR.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata formula itu amat penting di
banyak negeri di Malaysia, khususnya di Johor, yang selama ini menjadi
kubu buat UMNO-BN.
“Hanya dengan cara ini kita dapat menang di Johor dan membantu ubah
kerajaan pusat dengan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat,” katanya
apabila merasmikan Wisma DAP Johor di Nusajaya di sini petang ini.
Biasanya trend pengundian di Malaysia berasaskan kaum. Dengan pola
yang sama dijangka terus kekal tetapi ditambah pula Melayu mengundi DAP
manakala kaum lain mengundi PAS atau PKR, peluang Pakatan untuk menang
besar semakin terserlah.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut merasmikan treler
Ubah Johor di tempat yang sama. Treler itu menjadi antara sumber
logistik DAP dan Pakatan Rakyat di Johor dalam usaha untuk Jom Ubah
Johor.
Antara yang hadir di majlis itu ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit
Siang, Penasihat Seumur Hidup DAP Dr Chen Man Hin, Naib Pengerusi DAP M.
Kulasegaran, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Pengarah
Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng
Hau dan bekas Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw.
Tetamu Pakatan Rakyat terdiri daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin
Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed.
Menurut Guan Eng, beliau gembira kerana DAP Johor, walaupun ada
perbezaan pandangan, tetap rapat dengan PAS dan PKR dalam usaha untuk
ubah Johor.
Beliau berharap kesemua pimpinan dan ahli-ahli komponen Pakatan
saling memesan kepada kaum keluarga untuk keluar mengundi sewaktu PRU
nanti, dengan sasaran 85% keluar mengundi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kemampuan DAP Johor memiliki bangunan sendiri mungkin membawa tuah yang tersendiri.
“Pada akhir 2007, DAP Perak telah membeli bangunan sendiri. Lima
bulan selepas itu, DAP bersama PAS dan PKR menang dalam PRU 2008.
“Kini 60 hari sebelum Parlimen bubar secara automatik, DAP Johor pula
ada bangunan sendiri. Mungkin ini petanda BN akan tumbang di Johor. Ini
petanda rakyat Johor mahu kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.
–
Roketkini.com
Treler ubah johor ni pakatan antara DAP dgn PAP yg perintah singapore.....kalau melayu sokobg DAP... Mmglah bangang!!!!! Nak sgt jadi melayu singapura.....menumpang di bumi sendiri......!!!!!!
ReplyDelete