KUALA LUMPUR 24 FEB: Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat
sebaliknya mengecam motif pemberian itu.
Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap
kerosakan media kawalan Umno.
“Saya
dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina
motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.
“Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam
ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk
cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.
“Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk
kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu
dijadikan bukti sahih,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada rakaman dua minit yang
mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.
Ia
berikutan TV3 dan Utusan galak memfitnah kononnya Nik Aziz menyamakan
penerima BR1M sebagai haiwan sedangkan maksud perumpamaan lain.
Anwar berkata, media kawalan Umno termasuk TV3 sebaik-baiknya perlu
memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri ucapan asal Nik Aziz
tetapi ia mustahil berlaku.
“Bagi rakyat dengar, TV3 beri ruang kepada Nik Aziz yang pada istilah
Umno, mustahil berlaku. Jadi, kita doakan supaya perubahan (politik)
berlaku ,” katanya.
Tonton rakaman kenyataan Anwar,
KLIK INI.
0 Komen pengunjong :