Deepak Jaikishan saman fitnah Najib

deepok

KUALA LUMPUR : Ahli Perniagaaan, Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah ke atas  Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Deepak berkata, Najib mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 17 Januari lalu.
Beliau turut memetik laporan Malaysiakini.com bertajuk ‘PM Dismisses Deepak’s Allegation as Not True’ yang disiarkan portal itu pada hari yang sama.
Deepak berkata, kenyataan itu adalah respon terhadap dakwaan beliau yang mengaitkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pembuatan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramanim.
Antara lain, kenyataan fitnah tersebut  berbunyi “It’s not true. He is not a credible person” (Perkara itu tidak benar, Dia (Deepak) tidak boleh dipercayai).
Dalam pernyataan tuntutannya, Deepak selaku plaintif berkata, kenyataan Najib membawa maksud beliau mempunyai reputasi tidak baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercayai, rendah moral dan tidak layak mengadakan hubungan profesional.
“Kenyataan Najib sebagai Perdana Menteri yang menuduh saya menipu dan tidak boleh dipercayai memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan dan kerjaya saya sebagai seorang ahli perniagaan” katanya.
Justeru beliau yang memfailkan saman menerusi  firma guaman M/s Daim & Gamany menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Najib.
Sebelum ini, Deepak mendedahkan kaitan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Syaribu dan tindakan mempengaruhi P Balasubramaniam menandatangani Akuan Bersumpah kedua.
“Kebenaran tidak boleh diselindungkan, saya mahu beliau mengaku atau nafikan hal ini sebelum kepulangan P.Bala Ahad ini,” tegasnya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Bercakap kepada Keadilandaily, Deepak turut menuntut Najib menjawab semua tuduhan termasuk penafian beliau mempunyai hubungan intim dengan Altantuya dan seorang lagi individu bernama Flora Ong.
Malah Deepak berkata, Najib turut membiayai kewangan kedua-dua wanita tersebut.
Sementara itu, peguam R.Sivarasa yang mewakili Deepak berkata, saman berkenaan difailkan ekoran tindakan Najib mengeluarkan perkataan fitnah dan berniat jahat.
“Kami hanya tunggu jawapan Najib untuk mengaku atau nafikan penglibatan beliau dalam semua tuduhan ini dan proses seterusnya adalah di Mahkamah,” katanya.
Turut hadir ketika saman itu difailkan adalah peguam Afiq M Noor.

0 Komen pengunjong :