Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN ‘kenyang’ jika PAS, DAP, PKR bergaduh


SHAH ALAM — Pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat (PR) dinasihatkan tidak bertelagah kerana sebarang pertelingkahan yang berlaku antara parti-parti komponen politik pembangkang itu hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi ketika ucapannya dalam majlis pelancaran manifesto PR di sini menegaskan, meskipun parti pembangkang itu turut melalui saat-saat pertelingkahan dan berdebat, ianya tidak akan menghancurkan kemuafakatan yang telah disepakati mereka.
“Kita buktikan perpaduan dalam PR ... walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu,” katanya di hadapan 1,500 perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
“Jika PAS, DAP, PKR bergaduh ... BN yang kenyang,” tegasnya lagi.
Tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, PR juga tidak berhasrat untuk memerintah sepanjang hayat sekiranya berpeluang menawan Putrajaya, sebaliknya bersedia dihukum melalui demokrasi yang adil.
“Jika kita menang kerajaan PR tidak berlagak jadi Tuhan, tetapi kita sedia dihukum dengan demokrasi yang adil.
“Kita juga bukan mahu memerintah sepanjang hayat,” kata pemimpin veteran PAS itu lagi.
Abdul Hadi turut mengulas berkenaan pemberian bantuan sara hidup, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mana menurutnya bukanlah suatu perkara baru kerana Firaun juga pernah memberikan BR1M ketika memerintah mesia suatu masa dahulu.
“BR1M bukan perkara baru, Firauan pernah bagi BR1M ... kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat.
“BR1M itu duit kamu, ambil ... kamu (penerima BR1M) bukan ayam, itik ... bagi makan dedak, kita makan ayam itu balik,” katanya.

0 Komen pengunjong :