PETALING
JAYA, 1 Feb — Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap
oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil
Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama
untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.
Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama
mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan
Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar
oleh Najib.
“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah
Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.
“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama
PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas
Mac 2008.”
Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.
“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia
adalah yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar
meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.
Pada 23 Januari bulan lalu, Najib telah mengadakan lawatan sehari
ke bumi Gaza dan ianya telah mendapat liputan meluas daripada dalam dan
luar negara.
Namun, Anwar antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) paling lantang
mengkritik lawatan Najib apabila mengatakan tersebut sebagai “kurang
bijak” kerana gagal untuk mengiktiraf pergerakkan Fatah dan pemimpinnya
Mahmoud Abbas.
Najib merupakan pemimpin kedua dunia dalam beberapa bulan ini
membelakangi sekatan lima tahun dan menerima jemputan dari Hamas, yang
dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh negeri-negeri Barat
Lawatan Najib mengundang kritikan keras dari Presiden Palestin Abbas,
yang tidak menjejakkan kaki di Gaza sejak tenteranya berperang dan
kalah dengan Hamas di sana pada tahun 2007.
Najib kemudiaan menyatakan pendiriannya tentang lawatan ke Gaza
adalah misi kemanusiaan dan tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan
dalaman pentadbiran Palestin.
Perdana menteri mengatakan rancangan asalnya adalah untuk melawat
kedua-dua Tebing Barat dan Gaza akan tetapi ini tidak boleh dilakukan
kerana terdapat sekatan di Tebing Barat.
Oleh itu, katanya, lawatan beliau ke Gaza tidak harus disalahtafsir
kerana beliau tidak memberi kelebihan atau memihak kepada Fatah atau
Hamas, tetapi sebaliknya Malaysia menggesa kepada pembentukan sebuah
kerajaan perpaduan Fatah-Hamas menjadi realiti secepat mungkin.
0 Komen pengunjong :