KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan
Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu
media arus perdana.
Barisan
Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan harian untuk
mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama Perdana
Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam.
Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar
pengunjung diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras
dan tepung.
Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua
treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India
SeMalaysia (IPF).
Kehadiran
warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia dikesan
dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan.
Laman web klpos.com yang pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program
itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang.
Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat
di Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus
perdana.
Sehingga
kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana secara
terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran acara itu
tidak mendapat sambutan rakyat.
Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan
Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian
Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran.
Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke
Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan
Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan
Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah
700,000 orang.
0 Komen pengunjong :