Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sekat suspek dikehendaki Filipina, tuntut Musa Aman jelaskan

M

KUALA LUMPUR 31 Jan: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali gesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib menjelaskan dakwaan sekatan penghantaran pulang orang paling dikehendaki di Filipina.
Laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Manuel Karingal Amalilio pulang ke Filipina.
Amalilio dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikatakan sebagai anak saudara Musa, tetapi dinafikan oleh polis Malaysia.
“Tuduhan oleh media Filipina itu amat membimbangkan. Ia bukan tuduhan biasa, ia dibuat oleh Setiausaha Dalam Negeri Filipina sendiri. Penafian bahawa Musa dan Amalilio tiada hubung kait oleh Pesuruhjaya Polis Sabah saja tidak cukup,” kata Azmin dalam kenyataan hari ini.
“Musa juga perlu jelaskan apakah benar Manuel itu anak saudara beliau? Musa perlu tampil membuat kenyataan, adakah benar beliau tidak masuk campur langsung dalam isu penghantaran pulang itu?” soal Azmin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut mengingatkan Musa, tindakan berdiam diri tanpa menafikan isu itu seolah-olah memberi ruang untuk beliau dianggap bersalah.
Menurut laporan berita tersebut, Amalilio yang memiliki Futures Group dilaporkan mengaku sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.
Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari lalu kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.
Sementara itu, akhbar harian Filipina, The Philippine Star memetik Setiausaha Keadilan Filipina, Leila De Lima sebagai berkata, pegawai Malaysia – (salah seorangnya dikenalpasti sebagai Musa) telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.
“Penerbangan (Amalilio) disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan,” kata De Lima.
Mengulas perkara itu, Azmin berkata, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar perlu menjalankan siasatan segera.
“KPN perlu siasat adakah berlaku perlanggaran protokol antarabangsa? Mengapa polis Malaysia perlu campur tangan dalam deportasi tersebut? Tanpa mengira sama ada Amalilio warganegara Malaysia atau Filipina, pihak berkuasa kita tidak harus bersubahat dalam sebarang percubaan untuk menghalang keadilan,” tegas Azmin.

0 Komen pengunjong :