KUALA LUMPUR 18 Jan: Untuk menafikan tidak memiliki cincin berlian
berharga RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
sanggup sampai bersumpah nama Allah.
Lafaz sumpah itu bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini bahawa cincin tersebut dibeli hasil duit tabungannya dari kecil.
Penafian itu dibuat Rosmah malam tadi pada satu majlis makan malam.
Berpura-pura
tidak memiliki cincin itu sekarang, Rosmah cuba menjelaskan dengan
mengakui ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia
untuk dipamerkan kepada golongan elit.
“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.
“Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit.
Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis
cerita,” katanya dipetik menerusi satu rakaman ucapan beliau yang
dimuatnaik di Youtube oleh portal berita
KLPos, seperti dilapor
Malaysiakini.
Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus, dipercayai beliau
merujuk kepada pendedahan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin
pada 2011.
Badrul Hisham, yang juga dikenali Chegu Bard – membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima
maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 diterbangkan ke
Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.
Sebagai melindungi Rosmah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Nazri Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa
masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada
syarikat yang memilikinya.
Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya
sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat
cincin itu sebelumnya.
0 Komen pengunjong :