Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perutusan Anwar Ibrahim sempena Tahun Baru 2013


Merenung hala tuju program kesihatan, pendidikan, ekonomi, dan kehidupan untuk tahun-tahun berikutnya.
Saya percaya awal tahun, sibuk untuk menguruskan persekolahan dan pendidikan anak-anak, oleh yang demikian. Kami dalam KEADILAN dan khususnya Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan program pendidikan itu sebagai keutamaan.
Malaysia mempunyai keupayaan mengangkat martabat rakyat sumber daya manusia dengan memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan, mutu pendidikan lebih baik bagi semua pelajar tanpa mengira kaum, suku kaum atau wilayah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.
Selain daripada mutu, memastikan pendidikan itu diberikan percuma dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti.
Bagi yang tidak berpeluang untuk bersama ke universiti, peluang-peluang latihan kemahiran mengangkat keupayaan dan ketrampilan mereka dalam pelbagai bidang akan diperbanyakkan.
Ada yang mempertikai adakah janji ini olok-olok menjelang pilihan raya. Saya tidak mewakili pandangan sedemikian kerana kita punya keupayaan.
Kita ada kekuatan ekonomi. Sumber khazanah, minyak, gas, kelapa sawit dan percukaian cukup tinggi.
Masalahnya, adalah masalah pengurusan ekonomi. Saya memberi tumpuan pendidikan kerana ini mendesak di awal tahun.
Tetapi tentunya dalam bidang perumahan, kesihatan dan dalam bidang menjamin harga barang supaya lebih terkawal.
Semua itu antara isu-isu yang perlu diberikan perhatian. Laporan-laporan terkini tentang rasuah dalam negara, tentang aliran dana haram keluar dari negara, itu bukan jumlah kecil.
Jumlahnya menjangkau ratusan bilion ringgit yang tentunya harus memberi perhatian, sebagaimana rakyat yang sedar dan insaf.
Ini bukan kenyataan saya, dan Pakatan Rakyat (PR). Tetapi laporan badan bebas seperti yang dilaporkan dalam Wall Street Journal.
Baru-baru dan juga Global Financial Integrity (GFI), laporan sebenar yang harus mengejutkan, tetapi tidak memberikan kesan kepada pemegang kuasa, khususnya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).
Kalau kita dapat pastikan, jangan ada pimpinan merompak kekayaan negara. Jangan dibiar khazanah negara diambil untuk golongan elit penguasa, memperkayakan diri, keluarga dan kroni mereka.
Saya yakin pengagihannya lebih adil, saya yakin tidak akan ada ketegangan kaum kerana berasa iri hati terhindar, terhindar, terpinggir dalam kawasan dibelenggu kemiskinan.
Sebab itu saya mampu janjikan. Tidak lebih, tidak besar, hanya khazanah negara akan dikawal dengan rapi. Tidak akan ada rompakan, tidak akan diizinkan seorang pun menteri, Perdana Menteri, atau penguasa politik yang memperkayakan diri dengan mengambil khazanah negara dengan tidak bertanggungjawab dalam hal yang sedemikian.
Ini tekad kami bersama dengan rakyat, dalam menjelang tahun baru masihi 2013 dan kita mendoakan kepada ke-hadrat Allah Taala, mudah-mudahan maksud kita ini tercapai, dalam pilihan raya umum yang menjelang tiba awal tahun ini.

0 Komen pengunjong :