Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS tawar ruang Najib dan Rosmah jawab Deepak


KUALA LUMPUR: Memandangkan tiada media perdana yang berani menjawab apa-apa mengenai dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan, hari ini PAS menawarkan ruang di Harakahdaily dan TVPAS untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk menjawab segala dakwaan yang dibangkitkan.

“Oleh kerana Deepak melakukan dakwaan di media alternatif, termasuk Harakahdaily dan TVPAS, maka kita kini menawar ruang yang sama untuk Perdana Menteri dan isterinya untuk menjawab segala yang dibangkitkan oleh Deepak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

Tuan Ibrahim berkata keadilan harus diberi kepada Najib dan Rosmah untuk membalas dakwaan yang dibuat Deepak dalam ruang yang sama, supaya pembaca yang sama mendapat penjelasan yang sewajarnya.

Isu yang dibangkitkan Deepak, katanya, mempunyai impak besar terhadap imej negara di kaca mata dunia.

(Deepak membuat pelbagai dakwaan terhadap Najib dan Rosmah melalui TVPAS)

“Bahkan, dalam Umno sendiri, isu ini sebenarnya menyengat. Takkan Umno rela Presiden mereka dituduh macam-macam tanpa sebarang jawapan.

"Harakahdaily dan TVPAS sedia menawarkan ruang untuk Najib dan isterinya menjawab – interview boleh dilakukan secara live dan rakaman tersebut akan diuploadkan ke pawagam awam YouTube supaya penjelasan mereka boleh sampai ke seluruh pelusuk dunia,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata berdiam diri dalam dakwaan berat yang dilemparkan oleh Deepak adalah sangat merugikan bagi Najib kerana PRU13 sedang menjelang tiba.

“Sekarang buku Deepak mula diedarkan… jangan ingat disebabkan media perdana tidak lapor, rakyat tidak mengambil tahu dakwaan Deepak.

"Diharap Najib dan isterinya mengambil peluang ini untuk membuat penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai penglibatannya dalam dakwaan Deepak,” tambah beliau lagi.

Kata Tuan Ibrahim, Harakahdaily dan TVPAS akan mengikut masa yang ditetapkan Najib dan Rosmah dalam menentukan waktu mereka sedia ditemuramah, malah kedua-dua organ parti sudi menjadi orang tengah untuk Najib dan Rosmah bersemuka dengan Deepak secara live untuk menamatkan isu-isu pertelingkahan antara mereka demi kebaikan negara.

0 Komen pengunjong :