Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib Main Politik Lawat Gaza, Selepas Tidak Iktiraf Hamas


SHAH ALAM : Keikhlasan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza semalam dipersoalkan kerana sebelum ini Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tidak mengiktiraf parti Hamas sebagai kerajaan yang dipilih rakyat Gaza.
Ini sekaligus menunjukkan dasar luar kerajaan BN tidak konsisten serta tidak menghormati prinsip hak berdemokratik, kebebasan dan keadilan rakyat negara bergolak itu.
Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, dasar luar yang ditunjukkan Pakatan Rakyat (PR) lebih konsisten, berteraskan demokratik dan mengangkat agenda penting seperti kebebasan dan hak asasi manusia.
“Kerajaan BN lebih suka tunduk kepada kepentingan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa melihat isu sebenar,” kata beliau kepada TV Selangor.
Yusmadi turut menggesa agar kerajaan mencontohi Turki yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.
“Dasar luar negara dalam isu ini tidak membanggakan,” ujar Yusmadi.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam kenyataannya turut mengkritik lawatan Najib ke Gaza yang menurutnya lawatan itu hanya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin.

0 Komen pengunjong :