KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku
Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang
asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan,
Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata,
kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika
Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
“Tunku
beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang
Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat
tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”
“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI)
sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan
raya, tidak ada dalam kes Tunku,”
“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam
peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan
mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu
kiriman emel kepada Keadilan Daily.
“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan
kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah
beliau.
Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan
diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula
menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.
“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu
tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika
kemerdekaan dirundingkan.
“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau
oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti
Islam Antarabangsa (UIAM) ini.
Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah
mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul;
ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur
ditetapkan perlembagaan.
“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur
berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik
Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang
Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.
“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.
“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru
sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia
akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu
itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.
Cakap belakang saja tak guna.. kalu ada teloq saman je la TDM, kita tengok sapa yang benar.
ReplyDelete