Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Langgar peraturan : Nasha digugurkan dari Majlis Syura

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan oleh Majlis Syura PAS dan perkara ini disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh. Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini.
Nasharuddin baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.
Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakkan Fatah.
Nik Zawawi juga dalam laporan itu memetik ia tidak mempunyai kaitan dengan lawatan Nasharuddin bersama Najib ke Gaza bagi tujuan kemanusiaan, sebaliknya Setiausaha Majlis Syura itu berkata ia adalah tindakan peribadi Nasharuddin. "Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menghubungi Nasharuddin, yang merupakan ahli parlimen Bachok.
"Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti," katanya lagi.
Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

0 Komen pengunjong :