Bukan tangkap lawan, tangkap yang bersalah Che Det oooiiii......

 Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa



Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

2 comments :

  1. tangkap yg bersalah songlap harta negara,yg menyalah guna kn kedudukan dn yg mengkaya kn anak2 Che Det oi.Klau tk buat knp nk takut.

    ReplyDelete
  2. Mamak Oh Mamak ! tak bergertar bibir hang tu tapi syukur tuhan menlanjut usia hang utk hadapi detik detik kezaliman yg mula muncul sedikit demi sedikit . Tabiat manusia semacam hang seperti " Old habit Die Hard " .Masih ingat ke hang sumbat semua musuh politik ke Kamunting dgn bersubahat dgn anjing anjing PDRM . Megat & Aziz Samsudin orang kanan hang tu terlibat dgn Project IC tapi hang tuduh Si Anwar , apa cerita ni ?? Pakatan tawan Putrajaya bukan mahu cari pasal dgn hang tapi utk kembalikan harta-harta yang di rompak oleh penyangak Umno . Kesian Mamak ni sampai bayang bayang sendiri pun takut .

    ReplyDelete