KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan membatalkan rancangan
untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu
amanat membuktikan Umno takut berdepan hujah.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, ianya juga membuktikan Umno hanya berani melawan sorang-sorang.
"Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan.
"Berani
melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia
sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO," katanya.
Semalam
Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan mengumumkan
membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Presiden PAS itu
berhubung amanat yang dibuat pada 1981.
Menterinya Datuk Seri
Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu
fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.
Bagaimanapun,
Rais dilihat cuba berbohong kerana Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah
mengeluarkan fatwa berkaitan amanat yang diucapkan Hadi di Kampung
Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu.
Sebaliknya, hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka yang pernah mewartakan fatwa tersebut.
Mengulas lanjut, Idris berkata, isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran.
Isu ini katanya dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi.
Katanya Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam.
Pihak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah
diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno, jelasnya.
"Walau
pun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun sejak 7 April 1981. Tindakan
Jakim dan ulamak pengampu yang tumpang sekaki telah tercalar.
"
Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang
bahayanya. Masyarakat melihat betapa lembabnya institusi ini,
seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno," ujarnyaya lagi.
Idris
berkata, kesediaan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk
bersemuka dengan semua pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan
kewibawaan beliau seorang ulamak yang bertanggungjawab atas apa yang
berliau nyatakan.
Sebaliknya penolakan pihak kerajaan untuk
membenarkan Presiden PAS untuk menjelaskan selama sejam di dalam
televisyen secara langsung menampakkan sikap pengecut pihak kerajaan.
"Tuan Guru Haji Hadi meminta sejam sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat.
"Pemimpin Umno takut hujah yang dikemukan oleh Presiden Pas akan
mempengaruhi orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairi
Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Umno bimbang orang akan meninggalkan Umno
dan menyertai perjuangan PAS," katanya.
0 Komen pengunjong :