Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar ajak pemimpin dunia kutuk penerbitan hina Rasulullah


KUALA LUMPUR 4 JAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak pemimpin dunia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karya sebuah majalah satira di Perancis yang menghina Rasulullah.
Beliau juga mendesak karya berkenaan ditarik semula dan mengecam keras penghinaan terbaru dengan melakar kisah kehidupan Rasulullah saw.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata ada batas yang membezakan antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak berkarya.
“Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalah guna oleh pihak tertentu yang berkepentingan.
“Allah swt melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad saw dalam apa jua cara, melainkan seperti yang digambarkan dalam al-Quran,” katanya.
Sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo baru-baru ini menerbitkan karikatur Rasulullah.
Muka depan majalah itu memapar gambar Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad saw.


Majalah yang turut memuatkan gambar bogel itu terbit ketika bantahan meruncing terhadap filem anti-Islam tersebar di internet.
Pada kenyataan di facebook malam tadi, Anwar percaya karya itu bertujuan menimbulkan provokasi terhadap umat Islam dan cuba membangkitkan kekacauan.
Katanya, Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi itu dengan segera.

1 comment :

  1. Tindakannya disokong, tetapinya di dalam negara kenapa tidak kutuk YB2 DAP yg secara terang malah lebih dekat dengan kita yang hina dan perlekeh kesucian ayat AlQuraan dan Islam. Adakah ini bermakna `membuat pendekatan terpilih' demi menjaga kesepakatan syaitan....benarlah kata orang `kuman seberang laut nampak, syaitan dekat kita didiamkan'....Auzubillah. Islamkah kita atau telah kafir kita mengikut `fatwa Hadi Awang.......

    ReplyDelete