Utusan Malaysia perlu berubah jika mahu terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa, kata mantan ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Menurutnya, Utusan pernah dikenali sebagai akhbar yang "meniup semangat kemerdekaan tetapi zaman kini telah berubah".
Menurutnya, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro-Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.
Liputan
akhbar itu terhadap kenyataan-kenyataan NGO pendesak Melayu, PERKASA
yang menyinggung sensitiviti rakyat di Sabah Sarawak dan menjejaskan
sokongan rakyat negeri itu terhadap Umno dan Barisan Nasional, katanya.
"Utusan
gemar mainkan kalau ada Ibrahim Ali (dan sentimen) anti-Kristian dan
sebagainya tanpa mengambil kira sentimen orang Kristian di Sabah
Sarawak.
"Majoritinya masih lagi tugu kuat kepada Barisan Nasional - yang menyokong Umno dan Barisan Nasional," katanya.
"Akhbar
seperti Utusan yang mirip kepada agenda Melayu - orang di Sabah Sarawak
tidak begitu dapat menjiwai akhbar ini," katanya.
Akhbar itu juga menurutnya, dilihat tidak begitu lunak terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam pemberitaannya.
"Pada saya Utusan mempunyai toleransi yang agak rendah terhadap parti-parti pembangkang
"Ahli-ahli
politik pembangkang, kita tak perlulah sebut nama mereka, dikritik
hebat oleh Utusan," katanya sewaktu bercakap di forum 'Utusan:
Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.
Pendirian
itu, dakwanya turut menjadikan Utusan bukan pilihan utama pengiklan
yang kebanyakannya mempunyai eksekutif pengiklanan bukan Melayu.
Krisis kredibiliti
Pemecatan
mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun
1998 turut menjadi titik tolak penting dalam dasar beberapa akhbar yang
akhirnya memberikan kesan kepada pengedaran mereka, kata Azman.
Tanpa
merujuk secara langsung kepada Utusan, Azman menjelaskan sebahagian
akhbar berkenaan mengalami krisis kredibiliti yang membawa kepada
kemerosotan jualan.
"Setelah mereka mengambil dasar berat
sebelah, mereka banyak hilang (jumlah) edaran dan sampai sekarang tidak
boleh pulih semula dan dilihat oleh khalayak sebagai hilang
kredibiliti," katanya.
Seorang lagi ahli forum, pensyarah
Universiti Teknologi Petronas, Profesor Ahmad Murad Merican turut
mengutarakan pendapat yang senada dengan Azman.
"Setiap ahli
kewartawanan dan di sini Utusan, saya sudah sebutkan lebih kurang
sepuluh tahun dulu, perlu berubah dalam konteks memperbaiki persembahan,
hujah dan menerima kritikan," katanya.
Beliau turut menggesa
Utusan agar menjadi akhbar nasional yang bukan sahaja mensasarkan orang
Melayu tetapi juga orang bukan Melayu di Sabah dan Sarawak sebagai
pembacanya.
Ahli panel ketiga, pengkritik filem Mansor Puteh pula
secara umumnya menyeru agar pengamal media berwaspada dengan cubaan
pihak Zionis untuk menguasai media.
Menurutnya, usaha itu tidak
dilakukan melalui pemilikan saham sebaliknya melalui penyebaran elemen
Zionisme yang dihidangkan sebagai budaya popular.
"Gosip
Hollywood yang disiarkan setiap hari, dia (Zionis) tak paksa kita tapi
kita jadi barua dia dengan rela hati beri empat muka surat dan kalau
kita tak siar, kita rasa bodoh.
"Kalau kita tak siar filem Hollywood, kita rasa bodoh. Kalau kita tak sanjung Manchester United, kita rasa bebal," katanya.
Forum itu yang berlangsung di Dewan Seminar Hassan Ahmad dimudahcara Editor Bahagian Buku Am DBP, Padilah Ali.
0 Komen pengunjong :