MAAF?…, tiada maaf bagi mu UMNO-BN, kerana kesalahan yang kamu
(UMNO-BN) lakukan bukan sekali malah banyak kali sejak 55 tahun
memerintah.
Kalau rakyat masih boleh memaafkan UMNO-BN, bermakna rakyat tidak
sensitif atau merelakan apa saja kesalahan yang dilakukan pemimpin
UMNO-BN sebelum ini.
Boleh dikatakan hampir setiap kali dalam 12 kali pilihan raya umum
pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan
pemimpin UMNO-BN, tetapi rakyat masih ‘merelakan’ UMNO-BN memerintah
negara ini.
Ia jauh berbanding sikap rakyat dan pemimpin negara lain, mereka akan
tukar kerajaan atau pemimpin meletakkan jawatan jika berlaku dan
melakukan penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah.
Hanya pada PRU-12, hasil kerjasama tiga parti dalam Pakatan Rakyat
(PR) iaitu PKR, DAP dan PAS, menampakkan rakyat semakin sedar dan mahu
menukar kerajaan sebab itu UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti.
Kalau tidak lama dulu, UMNO-BN dihantui isu BMF di Hong Kong, kini
banyak lagi penyelewengan yang didedahkan menjelang PRU-13 tidak lama
lagi, termasuk isu pembelian kapal selam Scorpene, projek ternak lembu
NFC (National Feedlot Corporation) dan PKFZ yang membazirkan ribuan juta
wang rakyat.
Mungkin rakyat maafkan UMNO-BN kerana mereka tidak faham bahawa duit
yang diseleweng atau ‘disonglap’ pemimpin UMNO-BN itu duit mereka sebab
itu UMNO-BN masih dipilih memerintah negara.
Rakyat baru bangkit dari tidur
Bagaimanapun pada PRU-13 nanti mungkin berlainan, rakyat sudah sedar
dan faham, mereka dilihat mula bangkit daripada ‘tidur’ tidak lagi akan
mengizinkan wang rakyat dibelanjakan diselewengkan sewenangnya walaupun
UMNO-BN mengumpan mereka dengan pelbagai habuan termasuk BR1M, baucer
buku 1Malaysia, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan Skim Tayar
1Malaysia untuk pemandu teksi.
Mereka mula yakin kepada Pakatan Rakyat apabila kerajaan negeri yang
diperintah PR membuktikan pemimpin mereka bersih, tidak menyeleweng dan
rasuah seperti yang diperakui menerusi laporan Ketua Audit Negara
terhadap prestasi kewangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan
Kelantan.
UMNO-BN lemas, Najib sanggup bersumpah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib nampak semakin ‘lemas’ sebab itu
merayu supaya rakyat memaafkan mereka sekali lagi pada PRU-13 nanti
untuk membolehkan UMNO-BN membaiki kesilapan atau terus sebaliknya terus
melakukan kesalahan yang sama.
Rayuan Najib itu bukan pertama kali, malah sudah acap kali dilafazkan
termasuk ketika melakukan lawatan rasmi ke Kelantan, Kedah dan Selangor
sebelum ini.
Pemimpin PR juga sudah berjanji akan memerintah negara lebih baik
daripada UMNO-BN sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang,
Kedah dan Kelantan dan jika mereka gagal rakyat boleh menumbangnya
semula pada PRU-14.
Sekarang rakyat juga sedar, mereka kini dibebani dengan pelbagai
masalah termasuk harga barang mahal, minyak mahal, gaji rendah dan
pelbagai hutang, tidak termasuk terpaksa membayar cukai, kompaun saman
polis, JPJ dan yang termasuk menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) yang diharamkan di negeri yang diperintah PR.
Jauh panggang daripada api berhubung dakwaan UMNO yang mereka membela
bangsa Melayu, agama dan negara kerana Kelantan yang diperintah Melayu
juga dizalimi, mengutuk pari yang memperjuangkan Islam dan menjahanamkan
negara menjadikan wang rakyat macam wangnya sendiri.
UMNO-BN cukup takut kalah PRU-13
Atas alasan itulah menyebabkan UMNO-BN cukup takut akan tewas pada
PRU-13 nanti sebab itu mereka bertekad akan melakukan apa saja untuk
kekal memerintah negara.
Sebab itu juga mereka mula memainkan sentimen agama, perkauman dan mengugut rakyat supaya takut memilih PR pada PRU-13 nanti.
Sebagai rakyat Malaysia, pencapaian kewangan negara dengan hutang
yang begitu banyak tidak langsung membolehkan ia dibanggakan berbanding
pencapaian beberapa negara jiran, termasuk Singapura yang tidak
mempunyai banyak hasil tetapi sudah begitu jauh meninggalkan Malaysia.
Pada saat genting setelah tahu UMNO-BN akan kalah pada PRU-13,
barulah Presiden UMNO sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul
berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun
Melayu, membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.
Bagaimanapun, rakyat diharap tidak termakan dengan janji manis
UMNO-BN itu, malah membuka pintu hati untuk memberi peluang PR
menterjemahkan amanah rakyat dengan lebih baik, termasuk menurunkan
harga petroleum, membayar royalti minyak sehingga 20 peratus kepada
negeri pengeluar minyak, hapus PTPTN yakni pendidikan percuma, gaji
minimum RM1,200 sebulan, harga kereta lebih murah dan hapuskan tol.
–
/
Roketkini.com
0 Komen pengunjong :