Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasat Najib Razak dan Taib Mahmud dulu

KUALA LUMPUR: Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
“Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin,” kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.
Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.
“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an,” ujar Nie Ching.
Beliau juga menambah seorang lagi ahli politik yang mesti disiasat secepat mungkin ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.
Menurut beliau, laporan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland, Bruno Manser Fund menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai RM64 bilion, dengan harta kekayaan Taib sendiri bernilai RM46 bilion.
“Adakah Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan menukar fikirannya dan tidak mahu calon BN disiasat untuk amalan rasuah?” ujar Nie Ching lagi.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP turut menyarankan supaya calon BN melakukan pengisytiharan harta secara terbuka sekiranya mereka benar-benar serius mahu mempamerkan imej yang lebih bersih.
“Kami menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh berubah, jika tidak mereka mesti bersedia untuk diubah oleh rakyat pada PRU-13 nanti,” tambah beliau. 
–/  Roketkini.com

0 Komen pengunjong :