Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas PRU13 ?


PARIT: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kononnya akan berulang peristiwa 13 Mei sekiranya Umno-BN kalah pada PRU13.
“Siapa nak buat huru-hara? Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13),” ujarnya di petik dari harakahdaily.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, di sini malam tadi.
Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS bukan sahaja menjalin hubungan dengan parti politik bahkan badan bukan kerajaan untuk mencapai kejayaan pada PRU13 nanti.
Sementara itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya terus mengingatkan rakyat supaya beristiqamah untuk melakukan perubahan pada PRU13.
“Pakatan Rakyat berusaha untuk menerajui Putrajaya bukan kerana kepentingan individu sebaliknya untuk menjaga kebajikan rakyat seperti pelajar, petani dan pemandu teksi,” kata Anwar yang juga ketua pembangkang di parlimen.
Walaupun hujan renyai-renyai dan sesekali agak lebat sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan.
Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan.
Selain Hadi dan Anwar, turut berucap ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw.

0 Komen pengunjong :