Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemimpin Umno BN Pandang Enteng Tapi Anwar ‘Tabik’ Pemandu Teksi


Pemandu teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebab itu saya ‘salute’ pemandu teksi. Mereka inilah yang menyampaikan derita rakyat,” katanya sambil ‘tabik’ kepada 400 pemandu teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi.
“Saya tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah yang sebar cerita sebenar,” katanya yang menyifatkan isu berkaitan pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh pemimpin Umno BN..
“Sebab ini isu ‘human dignity’, soal maruah manusia. Untuk pemimpin BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN) bermati-matian pertahan kontrak berbilion.
“Pemandu teksi tak minta balak, IPP, kontrak. Hanya mahu permit. Permit pun mahu disapu pemimpin Umno-BN!” katanya disambut teriakan Reformasi.
Beliau juga mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya.


“Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, peranan pemandu teksi, meskipun bukan ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat tetap besar dalam perjuangan.
“Kalau tak boleh edar risalah, tak mengapa. Mungkin bahaya sebab nanti polis periksa kereta. Tapi boleh gunakankan suara.
“Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen perubahan,” katanya.

0 Komen pengunjong :