KUALA LUMPUR: Taktik
meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam
PRU13 nanti.
“Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati.
“Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?” tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah
pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.
Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf, longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan.
Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502
bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200
graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan
jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen
tidak ada kapal terbang untuk dibawa.
“Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh
Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan,
pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh
menteri, rakyat lagi sakit hati,” katanya.
Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN
merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk
menamatkan keangkuhan mereka.
Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa.
Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan
mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan
dengan berbagai halangan.
“Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini,” tegasnya.
0 Komen pengunjong :