Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

“Alahai, tanahku disapu orang….”

BILA ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membongkar perihal UMNO dan kerabatnya MCA, Gerakan dan MIC menyapu 24 bidang tanah di Selangor. Itu bukanlah perkara yang menghairankan sangat. Kita pun sudah maklum akan perangai juak-juak UMNO-BN itu. Kalau tak disapunya tanah, boleh juga disapunya pasir.
Tetapi paling mengecewakan, sudahlah tanah disapu, dibeli pula dengan harga yang amat murah. Disangka nak buat pusat aktiviti masyarakat, tapi bila disemak, ada yang sudah dikondokan, ada yang langsung tak diapa-apakan malah dibiarkan kosong.
Terkini, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh pula membongkar perihal tanah milik UMNO Puchong tak dibayar cukai. Sudahlah tanah itu disapu dengan harga amat murah, cukai pula tak mampu dibayar. Apa nak jadi ni….
Kalau dulu skandal tanah ini disabit dengan beberapa kerat pepimpin tinggi BN Selangor seperti Dr Khir Toyo, kali ini habis satu kapal terpalit.

Bila UMNO nasihat DAP jangan diungkit perkara lampau
Maka, bila cerita sapu tanah di Selangor makin panas dibincang rakyat jelata. Berkatalah Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Dia minta DAP agar menutup mulut dan dinasihat agar tidak diungkit perkara lampau.
“Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008. Kami berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf,” kata Mohd Zin.
Rasanya bukanlah DAP nak mengungkit, DAP cuma mendedahkan. Kalau tak didedah DAP, lama-kelamaan terdedah juga. Lagipun, hal sapu tanah ini tidak diketahui orang pada 2008.
Bagai dikata orang, memanglah sedap mulut memohon maaf, tetapi cukupkah hanya dengan bermohon maaf?
Siapa sebenarnya yang suka mengungkit, bukankah UMNO sendiri suka mengungkit. Diberi BR1M diungkit, diberi TR1M diungkit, diberi vaucer buku pun diungkit, habis semua diungkitnya. Biar dikenang jasa-jasanya, biar bila memangkah, jasanya tak dilupa orang. Kalaulah beramal dengan gaya mengungkit, tak ke mana pahalanya malah ditambah dosa riak.
Kerajaan BN patut mencontohi kerajaan PR Pulau Pinang. Tak perlu mengungkit, Pulau Pinang sudah lama melaksanakan pelbagai skim untuk rakyat. Tak perlulah tunggu nak pilihan raya baru nak beri itu dan ini.
Bab tanah, biarpun Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui DAP dituduh ‘chauvinis’, anti-Islam, anti-Melayu, Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta di Jelutong untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam. Ini belum ditambah dengan skim perumahan mampu milik yang mula dilaksanakan sejak awal PR mentadbir Pulau Pinang. UMNO terus bisu bab itu.
Bukankah sebenarnya UMNO bapa kepada segala pengungkit. Terbaru apabila Utusan Malaysia menimbulkan semula kisah “Amanat Haji Hadi” yang sudah lebih dua dekad berlalu… kalaupun mereka tidak mahu mengaku mengungkit, bolehlah kita simpulkan bahawa UMNO-BN sudah kehabisan modal politik.
Kisah sapu tanah di Selangor mungkin sebahagian dari projek sulit kerajaan BN. Tak tahulah lepas ini skandal tanah negeri mana pula yang akan terdedah. Dedah skandal tanah bukanlah membuka aib orang. DAP dan PR bukan suka nak buka aib orang, kecuali UMNO-BN.

-/ Roketkini.com

0 Komen pengunjong :