SEREMBAN 3 Nov:Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Berucap
pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar
pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira
1 juta pengundi dalam masa setahun.
“Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa,” katanya di
hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan
contoh penipuan Umno melalui skrin layar.
Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement
System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya
ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“Kalau
ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda
semua jangan percaya puak ini (Umno BN),” katanya disambut sorakan
gamat.
Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji
semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak
khususnya pemimpin Pakatan.
September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri
mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST
mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13.
Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk
mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela
nasib seluruh rakyat.
“Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa,” katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara.
“(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang
Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah
dan salah guna kuasa,” tegasnya lagi.
Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut
memberi ucapan.
Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk
sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan
diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di
Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan.
0 Komen pengunjong :