JOHOR
BAHRU, 10 Nov — Labis adalah seperti pulau, jauh dari kebisingan kota,
tidak ada siapa yang akan percaya bahawa kerusi parlimen ini dipegang
oleh dua bintang utama MCA selama enam penggal iaitu bekas presiden Tun
Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Dr Chua Sio Lek yang sekarang ini
memimpin MCA.
Namanya, sesetengah ahli sejarah percaya berasal dari nama
“labi-labi” yang menyerupai kura-kura; bergerak perlahan dan kelihatan
mengantuk.
Kebanyakan penduduk bekerja di estet getah atau ladang kelapa sawit,
manakala yang lain adalah peniaga kecil, kakitangan kerajaan atau hanya
singgah melalui bahagian Johor yang sibuk.
Di
sini, seseorang tidak dapat mendengar kebisingan industri mahupun
melihat asap putih mencemarkan langit oleh kerana kilang terdekat adalah
berbatu-batu jauhnya.
Selepas 7.00 malam, bas tidak lagi melalui jalan raya di bandar ini – lagipun, jarang penumpang turun di perhentian ini.
“Labis menjadi kawasan terpencil selepas pukul 7.00 petang ... laut
mati. Lebih ironi lagi ... Ling Liong Sik merupakan menteri pengangkutan
ketika beliau memegang kerusi Labis,” kata penduduk tempatan, S.
Madhavan baru-baru ini apabila ditemui.
Tey Koh Hout yang berumur enam puluh tiga tahun mempunyai perkara sama untuk dikatakan.
“MCA ... mereka semua sama, bukankah begitu? Mereka mempunyai jawatan
tinggi dalam kerajaan dan mereka lupa siapa yang mengangkat mereka,”
katanya kepada portal berita ini.
“Terdapat banyak kemarahan kepada MCA ... kadang-kadang, mereka
terlalu marah sehingga lupa mengapa mereka marah. Tetapi mereka tahu dan
yakin bahawa mereka mahukan perubahan,” kata Tan Chin Guan, pemimpin
DAP tempatan.
“Penduduk Labis disembelih dalam pelbagai cara… tetapi mereka tidak tahu, mereka tidak berdosa.
“Tetapi hari ini, sesetengahnya sudah bertukar arah ... mereka
mengatakan mahu mencuba sesuatu yang baru,” kata bekas pegawai kepada
menteri pendidikan, G. Krishnabagwan.
Madhavan, Tey, Tan dan Krishnabagwan, yang ditemui secara berasingan
baru-baru ini, adalah diantara 22,600 pengundi bukan Melayu yang
dianggarkan membentuk 62 peratus daripada 36,000 pengundi di Labis.
Suara mereka bergema dengan peningkatan orang bukan Melayu disini
menentang MCA juga boleh menjadi tanda buruk kematian parti Cina
terbesar itu, yang telah berjuang sejak prestasi suramnya dalam pilihan
raya umum (PRU) 2008 untuk menawan semula sekurang-kurangnya sedikit
sokongan Cina yang hilang.
Semasa wawancara satu sentimen tidak dapat dinafikan, sejumlah besar pengundi bukan Melayu di Labis pro pembangkang.
Mereka yang ditemuramah terlalu cepat untuk menyalahkan MCA dan
Barisan Nasional (BN) bagi setiap kesusahan dihadapi - dari banjir biasa
dikawasan kejiranan mereka dan kekurangan lampu jalan kepada kekurangan
peluang pekerjaan dan perumahan mampu dimiliki.
Tan, berusia 60 tahun dan boleh berbahasa Inggeris, menguarkan lagi
sentimen dilihat apabila berkata bahawa sesetengah pengundi berasa
begitu marah terhadap MCA sehingga mereka lupa alasan kemarahan mereka.
“Tetapi ia masuk akal ... apabila anda melihat wajah-wajah sama
setiap hari, membaca tentang nama-nama sama, dan kehidupan anda tetap
sama, anda cenderung untuk mahu sesuatu yang berbeza. Selalunya MCA ...
Tun Ling selama bertahun-tahun, selepas itu Soi Lek ... sekarang Tee
Yong,” katanya, yang terakhir merujuk kepada penyandang ahli parlimen,
anak Dr Chua.
“Anda mula berfikir dalam diri sendiri, mari kita mencuba sesuatu
yang baru. Apa salahnya kan? Kita sentiasa boleh menukar kembali
kerajaan sekali lagi,” katanya, semasa temu duga di rumahnya di pusat
bandar Labis di sini.
Tun Ling, yang merupakan Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA selama
17 tahun sehingga tahun 2003, memegang kerusi Labis Parlimen selama
lima penggal dari tahun 1986, tahun yang sama beliau menyertai kerajaan
dan memimpin parti.
Beliau telah digantikan oleh Dr Chua pada PRU 2004, selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Abdullah.
Kerusi itu disandang oleh Datuk Chua Tee Yong, anak kepada Dr Chua,
yang mengambil tempat bapanya selepas skandal seks pada tahun 2007
memaksa ahli politik veteran itu untuk keluar dari politik sketika,
beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008, tidak kurang daripada itu.
Tee Yong dikatakan mempunyai keberanian dan kelantangan sama seperti bapa beliau.
Mengambil kira usia mudanya, baru 35 tahun — reputasinya sebagai
orang yang menuduh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terlibat dalam
skandal perakaunan RM1 bilion Talam Corp, Chua dikatakan popular di
kalangan pengundi Labis.
Tetapi semangat dan kemudaan mungkin tidak cukup untuk memenangi
permainan bagi MCA di Labis, yang menjadi pentas pertempuran politik di
selatan.
Bukan Tee Yong yang pengundi bukan Melayu tentang – tetapi bendera
parti beliau mengingatkan pengundi kenangan tahun-tahun diabaikan
sebelum ini.
“Presiden MCA sekarang, lebih baik. Anak beliau selalu kesini, kami sering melihatnya.
“Dulu, Dr Ling langsung tak datang… Saya fikir reputasi beliau
menyebabkan MCA bercelaru,” kata seorang penjual minuman yang hanya mahu
dikenali sebagai Encik Tan.
“Semua orang panggil Dr Ling ‘yes man’. Lelaki lemah. Orang Cina
disini apabila bercakap tentang MCA, disamakan dengan kelemahan.
“Ia bukan satu kebencian mendalam. Tetapi yang pasti, orang bukan Melayu menyokong pembangkang DAP,” kata Encik Tan.
Bapa kepada dua anak bersetuju bahawa bandar Labis tidak menyaksikan
pembangunan sejak beberapa dekad lalu, menunjukkan bahawa penuaan
penduduk yang hilang dengan cepat untuk mendapatkan peluang lebih baik
di tempat lain.
Beliau menjelaskan bahawa anak-anaknya juga terpaka bekerja di
Singapura, sambil menambah bahawa dia hanya tinggal di Labis untuk
“meluangkan masa” selepas isterinya mengalami kejatuhan semasa tinggal
di Kuala Lumpur.
Tey, yang ditemui di rumah teres buruk setingkat di Taman Indah,
pusat Labis, mengakui bahawa dia sering melihat Tee Yong di kawasan
parlimen tersebut.
Beliau berkata pemimpin itu berkemampuan dan bijak, memiliki karisma
seperti bapanya, akan tetapi beliau membawa bendera parti yang salah.
“Saya mahu roket ... roket yang terbang ke bintang. Kami mahu
perubahan .... DAP adalah lebih baik,” kata pesakit strok berusia 62
tahun itu.
“Kadang-kadang saya berfikir bahawa semua yang Tee Yong lakukan hanya
melihat di sana sini dan menunjuk di sana sini ... tetapi sebenarnya,
tiada apa dilakukan,” katanya dengan nada baik.
Untuk Krishnabagwan, kegagalan terbesar parti pemerintah adalah kadar
perlahan pembangunan Labis, yang menurut beliau masih belum mencapai
potensi sepatutnya.
Beliau menegaskan bahawa dalam mana-mana kedai runcit di Labis,
pemiliknya hanya akan mempunyai satu aduan - mereka berkhidmat kepada
pelanggan sama pagi dan petang.
“Belia meninggalkan kita. Yang tinggal menjadi samseng .. mereka terlalu miskin untuk meneruskan pelajaran mereka,” katanya.
Lebih menarik lagi, di Labis, tidak seorang pun penduduk bukan Melayu
yang bimbang atau takut dengan hukum hudud, kanun keseksaan Islam
dimainkan oleh MCA menjelang pilihan raya sebagai bahan kempen.
Parti itu menjelajah seluruh negara, memberitahu pengundi bukan
Melayu bahawa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR), PAS yang kononnya
dominan akan menguatkuasakan undang-undang hudud, dimana tangan akan
dipotong bagi yang mencuri, termasuk kepada yang tidak menganut agama
Islam.
“Hudud? Kenapa perlu takut? Orang lain perlu bimbang. Saya bukan Islam,” kata Encik Tan kepada
The Malaysian Insider.
Tey hanya menepis, menyatakan, “Mengapa perlu bimbang tentang sesuatu yang bukan agama kita?”
Tan (Chin Guan) hasil tinjaun di akar umbi, sesetengah pengundi Cina
khuatir, kebanyakan akan berpuas hati apabila diberitahu bahawa ancaman
hudud hanyalah taktik memancing undi oleh MCA.
“Mereka tahu apa yang sedang berlaku .. kita telah mengadakan banyak perhimpunan untuk memastikan mereka faham,” katanya.
Dipercayai bahawa Tee Yong berkemungkinan akan mempertahankan kerusi
Labis, walaupun ada cakap-cakap tentang bapanya mungkin bertanding
semula dalam pilihan raya akan datang di kawasan tersebut.
0 Komen pengunjong :