Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jangan jadikan fitnah sebagai wacana untuk runtuhkan Melayu dan Islam


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar.
“Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya.
“Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku ‘Islam dan Melayu’ oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi.
Majlis ini antara program Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN di negeri itu hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sambutan Maal Hijrah tidak membawa pengertian sekiranya tiada perubahan yang dilakukan.
Katanya, wacana harus menjadi budaya dalam negara, namun ia seolah-olah dikongkong dari terus berkembang, walaupun Malaysia sebuah negara Islam.
“Wacana seharusnya menjadi acara rutin Kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia mengenengahkan pandangan para ilmuan. Ia juga tidak harus dijadikan sebagai acara tahunan semata-mata.
“Jika dahulu pendita Za’aba mempersoal kemiskinan bangsa Melayu, kini perbahasan mengenai isu Islam dan Melayu juga harus dilipatgandakan bagi merubah pemikiran umat supaya tidak terkongkong dan terhalang,” sambung Anwar.
Dalam isu berkaitan, beliau turut menempelak Perdana Menteri yang hanya tersenyum dan tidak menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyerang Islam di hadapan beliau.
Pelancaran buku ‘Islam dan Melayu’ – Martabat Umat dan Daulat Rakyat tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Empat panel dalam wacana tersebut ialah Siddiq Fadzil; Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa; dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Pada malam ini, Anwar dijadual solat dan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya.
Beliau kemudian akan berceramah di dua lokasi, masing-masing di Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah bermula 8.30 malam dan di Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, dan Tan Choo Kang merupakan penceramah di Ceramah Merdeka Rakyat pertama.
Pada ceramah kedua pula menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Tan Beng Huat.

0 Komen pengunjong :