Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah anti Islam: Senator Australia lapor polis terhadap Utusan, NST

KUALA LUMPUR 16 November: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: “Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)”.
Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.
NST melaporkan, Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya, dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan ‘Scientology’ dan bukannya Islam.
Beliau mengkritik laporan berat sebelah media arus perdana terhadap Bersih 3.0 kerana mementingkan wajah Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.
“Media perdana memihak dan tidak adil,” katanya yang kemudian dipetik media Australia menyatakan: “Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah.”
NST kemudian mendakwa sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan itu dan membuang berita berkenaan dari laman web.
Utusan Malaysia milik Umno pula yang menerbitkan berita yang sama dan memutar belitkan kenyataan Xenophon, telah mengeluarkan laporan itu di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.
Xenophon merupakan sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

0 Komen pengunjong :